Ahad, 14 Ogos 2011

Fadhilat Ramadhan

Ramadhan amat sinonim dengan salah satu rukun islam iaitu berpuasa
Bulan yang mempunyai 1001 rahsia dan hikmah.

**Dari Imam ahmad dan muhammad bin Nasar al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi hurairah sabda Nabi S.A.W:dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadhan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka:Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi.Malaikat mengampunkan mereka sehingga berbuka puasa,Allah hiasi setiap hari syurganya,kemudian berfirman hampir-hampirlah hambaku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu,diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam &nb sp;
  ; Hadis ini menunjukkan kemuliaan Ramadhan dan mulut orang yang berpuasa disisi Allah S.W.T di samping syaitan dibelenggu kerana kel;ebihan Ramadhan
**Dari Imam Bukhari Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa"d sadda Rasullullah S.A.W:sesungguhnya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan al-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanyalah orang yang berpuasa.Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya.Al-Hafiz ibn Hajar menukilkan daripada al-Zain bin al-Munir dalam al-fath al-bari:sesungguhnya dikatakan pada syurga,tidak dikatakan bagi syurga untuk menggambarkan bahawa pintu itu sendiri sebahagian daripada kenikmatan dan kerehatan yang membawa lebihan rasa rindu kepadanya.:Mengikut riwayat al Nasaei sama seperti diatas kecuali ditambah sabda Nabi S,A,W sesiapa yamg masuk didalamnya nescaya dapat meminum dan siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan