Isnin, 6 Januari 2014

Buat partition baru untuk external hard disk

Cara-caranya : (nak buat 2 partition - Window 7)
1- Right click kat Computer dan klik Manage.
Akan keluar folder Computer Management.

2- Right klik kat external disk yang mahu di partition. Klik kat Delete Volume...
(Jika External hard disk format dalam Primary Partition)

3- Selesai delete, region yang berwarna biru (primary partition) bertukar hitam (unallocated)

4- Right klik kat region hitam dan klik New Simple Volume...



 5- Akan keluar dialog box amaran. Pastikan tiada data dalam external hard disk sebelum teruskan buat partition. Tekan Yes untuk teruskan.


 6- Akan keluar dialog box. Tekan Next.


7- Pilih besar mana memory yang mahu di partition. Kat bawah ni bersamaan 100GB.
Kemudian klik Next.


8- Tak perlu ubah apa2. Hanya tekan Next > Next > Finish.



Langkah 1-8 hanya untuk partition pertama. 
Partition pertama New Volume (F:) sudah boleh digunakan. Region hitam perlu ditukarkan ke region biru supaya dapat digunakan. Caranya ulang step 6-8 cuma tak perlu tukar size dia.
Sama seperti step 7 cuma kali ini tak perlu ubah volume.
Kini External hard disk sudah di partition.
Kemas sikit. Takdelah bersepah-sepah penuh dengan folder.
Tambah memory external hard disk makin lama makin besar.
500GB, 1TB... Tak berpinar mata cari folder bila dikumpulkan satu tempat.