Ahad, 28 Mac 2010

Manfaat internet jana pendapatan

Kita diminta memanfaatkan sepenuhnya laman sosial internet yang semakin popular di kalangan masyarakat negara ini bagi menjana ekonomi menerusi perniagaan secara atas talian (online).

Laman sosial seperti Facebook, Myspace, Twitter dan Friendster bukan hanya untuk bersuka-suka atau aktiviti sosial.

"Saya meminta masyarakat tidak hanya menggunakan internet atau jalur lebar untuk kegunaan sosial tetapi juga menggunakan kemudahan ini untuk mempertingkatkan ekonomi masing-masing dengan menjalankan aktiviti perniagaan secara online," kata Perdana Menteri ketika berucap melancarkan Tanjung Agas Real-Time Broadband (TARB) Tanjung Agas Technology Sdn Bhd.

Banyak laman sosial atau sesawang tempatan boleh digunakan untuk menjalankan perniagaan atau mencari maklumat yang lebih bermanfaat untuk menjana ekonomi dan perniagaan.

Sejajar dengan tahun inovasi kali ini, kita semua seharusnya berinovasi untuk membangunkan ekonomi dan taraf hidup melalui teknologi komunikasi maklumat (ICT ) dan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB).
Pengguna internet diminta supaya tidak menyalahgunakan laman sosial bagi tujuan memfitnah atau memburukkan pihak lain.

Infrastruktur dan perkhidmatan moden saja tidak memadai dan ia perlu digunakan sebaik-baiknya oleh orang ramai dan janganlah disalahgunakan termasuk menabur fitnah.

Hanya beberapa hari lalu, laman Facebooknya mencapai lebih 100,000 peminat, membuktikan masyarakat negara ini sememangnya gemar berhubung.

Artikel ini disunting daripada ucapan PM ketika merasmikan Tanjung Agas Real-Time Broadband (TARB) Tanjung Agas Technology Sdn Bhd.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan