Rabu, 28 Oktober 2009

Sukan Tahunan... baru selesai satu amanah...



Sukan sekolah koi baru je abis ;25 haribulan yang lalu. Hasilnya sangat koi puas hati. Koi dapat amanah untuk uruskan data dan perangkaan selain kepegawaian.
Kami mula berlatih pada 5 Oktober yang lalu. Acara-acara padang diadakan awal iaitu pada 19 Oktober. Hari tu budak-budak bertanding lompat tinggi, lontar peluru dan lompat jauh. Budak-budak jah 1, 2 dan 3 jadi penonton selain jalani latihan sekaneka. Anak koi pun ada, tapi lupa pulok nak bawa baju sukan. Apa lagi berpeluhlah dengan uniform sekolah dia tu. Abis comot-momot.
Esoknya pulok, buat acara balapan. Ada acara akhir dan ada acara saringan. Panas pohpalih...(gambar)
Ari merentas desa (rentas felda sebenarnya) tu koi ralat sikit sebak koi kena pegi PPD.
Ari sukan sebenarnya pun tiba. Kome buat kerja ikut kertas dan tugas masing-masing. Berres semenya. Jadi pegawai pun ye, jadi ketua rumah Mutiara (kuning) pun ye. Tugas selesai, sukan pun selesai. Rumah kuning dapat nombor 3. Takpe tahun lepas dah juara, taun ni beri can rumoh lain pulok..... nak sedakkan hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan